Taman Malaysia.
English Version
- One of the garden that i've done last year, is a cultural garden that build during Malaysian Garden Festival in Johore Bahru Tengah, Malaysia.
- An experimental garden to represent Malaysian Garden.
- The theme is Aspirasi Laman ( Inspiring yard ) translated the meaning of Malaysian cultural that based on the kindness, cultural and believe of the multi racial ethnic in Malaysia.
- Using AROMATICAL plant such Plumeria, Mimusops, Murraya, Jasmine and other indiginious plant that potray the ethnic plant selective.
- Beside the smell, Ethnobotanical plant such pepper bettle, lamone, Eurycoma longifolia, Pandanus and caladium were planted also in this project.
- Orchid and other climbing plant such as Sundal Malam , Bauhinia and many more were arrange using the principal of garden design that usually used by the Malaysian.
- For Hardscape , Wakaf ( Malay shelter ) and pergola was build to unified the elements inside the garden.
- Waterfeatures giving the sense of tranquality to the place.
Malay version
Aspirasi LAMAN
Konsep ini cuba menterjemahkan budaya Malaysia yang dibina atas Budi, Budaya, Kepercayaan dan Aspirasinya melalui gabungan bangsa -bangsa Malaysia. Elemen wangian merupakan salah satu daripada warisan Budaya bangsa yang cuba diterjemahkan di dalam rekabentuk Laman ini. Ruang-ruang hadapan, tepi dan belakang dipenuhi dengan penggunaan pokok –pokok seperti Tanjung , Kemboja, Kemunting, Melur, Serai, Kesidang dan Sundal Malam yang merupakan elemen wangian pilihan berbagai bangsa di Malaysia. Pilihan wakaf dan pergola yang diketengahkan mengambarkan bangsa Malaysia yang bersendikan budaya Melayu. Herba-herba seperti Tongkat Ali, Pandan, Serai Wangi, Pegaga, Misai Kucing, Limau Purut, Cekur dan Sirih digarap bagi memperkukuhkan identiti bangsa yang kaya dengan khazanah etnobotaniknya. Pokok – pokok hiasan seperti Bunga Raya, Puding, Bunga Kertas, Kemboja Cina, Ati-Ati dan Orkid disusun dengan menggunapakai prinsip-prinsip rekabentuk yang berlandaskan kepercayaan dan adat kebiasaan etnik di Malaysia. Manakala elemen air , tempayan dan lampu taman merupakan genre tradisional yang digayakan secara kontemporari supaya ianya seiring dengan peredaran Zaman. Gabungan – gabungan keseluruhan taman merupakan satu aspirasi yang cuba diusahakan bagi mewujudkan Genius Locci yang beridentitikan Malaysia yang berbilang bangsa.

Resting area
No comments:
Post a Comment